PANDUAN SYARAT KEMASUKAN KE CIAST SESI SEPTEMBER 2017

  1. Permohonan adalah PERCUMA dan dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian SAHAJA di laman web CIAST di http://www.ciast.gov.my.
  2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Oktober 2016 (Isnin).

PROGRAM PEMBANGUNAN PENGAJAR KEMAHIRAN (PPK)
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55438200 Fax : 03-55438399 (UPPPB)

 

Syarat Am Kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 18 – 35 tahun
  2. Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
  3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  4. Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

 Syarat-syarat Tambahan:

  1. Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
  2. Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

 

Syarat Khas Program:


KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

Bil

Kod/ Nama Kursus/Tempoh Latihan/Pusat Latihan

Syarat Khas Program

1

I-031-3
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
Tempoh Pengajian : 9 ½ bulan
Pusat Latihan:

  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • Kampus Satelit CIAST ILP Marang
  • Kampus Satelit CIAST ILP Selandar
  • Kampus Satelit CIAST ILP Sandakan
  • Kampus Satelit CIAST ADTEC Taiping
  • Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu
  • Kampus Satelit CIAST Kolej Yayasan Sabah (KYS)
  • Kampus Satelit CIAST AITC Kuching
  • Kampus Satelit CIAST ADTEC Jerantut
  • Kampus Satelit CIAST ADTEC Batu Pahat
  • Kampus Satelit CIAST ADTEC Melaka
  • Kampus Satelit CIAST ILP Kepala Batas
  • Kampus Satelit CIAST ILP Kota Bharu
  • Kampus Satelit CIAST IKBN Kuala Langat
  • Kampus Satelit CIAST IKBN Kemasik
  • Kampus Satelit CIAST Kolej Pertanian Bukit Tangga (NATC)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

  1. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
  4. Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga (PW4 / PW6 / A0 / A1 / A4 / BO)
  5. Ijazah daripada Universiti Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta dengan minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengajian; atau
  6. Diploma daripada Universiti Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Institusi Latihan Kemahiran Awam dengan minimum 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengajian; atau
  7. Sijil daripada Institusi Latihan Kemahiran Awam dengan minimum 2 tahun tempoh pengajian dan 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengajian berkaitan bidang seperti berikut:

     

    • Automotif (Kenderaan Motor)
    • Elektrik
    • Elektronik
    • Jaminan Kualiti Industri
    • Kaunter Hadapan (Front Office)
    • Kimpalan & Fabrikasi Logam
    • Landskap
    • Makanan & Minuman (Food & Beverages)
    • Masakan (Cooking)
    • Mekatronik
    • Pastri (Pastry)
    • Pemandu Pelancong (Tourist Guide)
    • Pengurusan Hotel & Katering
    • Pengurusan Pembuatan (CAD/CAM)
    • Penyejuk Bekuan & Penyamanan Udara
    • Penyemburan Cat Automotif
    • Penyenggaraan Industri
    • Produk Industri
    • Rangkaian Komputer
    • Rekaan Rambut
    • Senibina
    • Sistem Komputer
    • Sistem Maklumat
    • Tanaman Makanan & Hiasan
    • Tekstil & Pakaian
    • Terapi Kecantikan

KURSUS DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (DLPV)

Bil

Kod/ Nama Kursus/Tempoh Latihan/Pusat Latihan

Syarat Khas Program

1

MC-024-5:2012
DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (TEKNOLOGI KIMPALAN)

Tempoh Pengajian :

  • 2 tahun 6 bulan (Calon berkelayakan DKM); atau
  • 1 tahun 9 bulan (Calon berkelayakan DPV)

Pusat Latihan:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

  1. Diploma Pengajar Vokasional (DPV) Teknologi Kimpalan; atau
  2. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam salah satu bidang berikut:
  • MC-024-4:2012 Pengurusan Teknologi Kimpalan
  • H-023-4: Pembantu Jurutera Kimpalan (Fabrikasi)

2

TP-300-5
DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL
(TEKNOLOGI AUTOMOTIF)

Tempoh Pengajian :

  • 2 tahun 6 bulan (Calon berkelayakan DKM); atau
  • 1 tahun 9 bulan (Calon berkelayakan DPV)

Pusat Latihan:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

  1. Diploma Pengajar Vokasional (DPV) Teknologi Automotif; atau
  2. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam salah satu bidang berikut:
  • TP-300-4: Eksekutif Automotif-Servis Selepas Jualan
  • P-080-4: Eksekutif Automotif

3

EE-021-5:2012
DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL
(TEKNOLOGI ELEKTRONIK)

Tempoh Pengajian :

  • 2 tahun 6 bulan (Calon berkelayakan DKM); atau
  • 1 tahun 9 bulan (Calon berkelayakan DPV)

Pusat Latihan:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

  1. Diploma Pengajar Vokasional (DPV) Teknologi Elektronik; atau
  2. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam salah satu bidang berikut:
    • EE-021-4:2012 Pembangunan Produk Elektronik
    • E-030-4: Pembantu Jurutera Elektronik Industri

4

IT-020-5:2013
DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL
(TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM)
Tempoh Pengajian :

  • 2 tahun 6 bulan (Calon berkelayakan DKM); atau
  • 1 tahun 9 bulan (Calon berkelayakan DPV)

Pusat Latihan:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

  1. Diploma Pengajar Vokasional (DPV) Teknologi Komputer Sistem; atau
  2. Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam salah satu bidang berikut:
  • IT-020-4:2013 Pentadbiran Sistem Komputer
  • D-040-4: Pembantu Eksekutif Sistem Komputer
  • D-041-4: Pembantu Eksekutif Sistem Komputer
  • IT-020-4: Pembantu Eksekutif Sistem Komputer